Information
 
Bestsellers
 
Currency
 
Shopping Cart
0 items
 
Categories
 
Advertisement
 

Formula SW99

Formula SW99
Click to enlarge
Price: RM33.00
Availability: In Stock
Model: SW99 RM60 & NW99
Average Rating: Not Rated


Share This

Formula SW99 RM60 & NW99 

(Merangkumi 99 Jenis Simptom Penyakit)
 

                                                                                          Kemaskini : 13 April 2011

Ransangan Transformasi Tenaga Melalui Enzim

Transformasi energi / tenaga merupakan ciri utama setiap organisma hidup. Prinsip asas dalam banyak penyelesaian masalah kesihatan kini lebih ditumpukan kepada kerja-kerja enzim sebagai pemangkin kepada tindakbalas kimia bagi penghasilan tenaga yang diperlukan.

Tubuh manusia yang terdiri daripada sel-sel yang juga bertindakbalas secara kimia bagi proses-proses tertentu. Sel-sel hidup akan menghasilkan enzim-enzim tertentu bagi menjalankan proses tindakbalas tertentu. Enzim terbina daripada set rantaian molekul protin yang tidak terjejas dalam proses tindakbalas tetapi berperanan sebagai bahan yang mempercepatkan proses tindakbalas.

Enzim juga merupakan elemen atau bahan yang mampu mengenalpasti tindakan-tindakan seperti metabolik dalam sel-sel.

Prinsip asas enzim yang merupakan elemen dengan ukuran molekul dalam DNA, maka sifat atau karakternya adalah begitu spesifik. Enzim-enzim juga mempunyai ukuran tenaganya yang tersendiri yang boleh dinilai dalam bentuk frekuensi yang berkadar dengan masa. Lebih mendalam, enzim adalah unsur senyawa yang aktif dan juga memiliki 'masa' yang unik.

 

Dalam hal ini, enzim akan digerakkan oleh satu set persamaan masa dan ruang utk menghasilkan transformasi tenaga untuk mengubah sesuatu ketidakseimbangan atau kepincangan sesuatu ruang melalui tindakbalas kimia secara kensisten dan malar. Enzim juga menghasilkan kesan kecepatan sesuatu proses tindakbalas yang berjuta-juta kali ganda dan berguna untuk mengubah keadaaan tidak seimbang kepada sebaliknya. Di sinilah bagaimana 'range' atau julat tenaga daripada masa individu boleh ditingkatkan untuk menjadi pasangan kepada proses percepatan tindakbalas enzim tersebut.

Proses percepatan terjadi kerana enzim menurun dan meningkatkan energi / tenaga pengaktifan yang dengan sendirinya akan mempermudahkan sesuatu reaksi atau tindakbalas.

Sel-sel hati umpamanya, memiliki mekanisma sofistikated yang tercipta dan dirakamkan dengan 'masa' untuk menguraikan sebatian toksik atau keracunan secara semulajadi. Apa sahaja bahan toksik yang menjadi bebanan keracunan dapat diurai secara metabolik oleh tindakan enzim di dalam sel hati. Racun dapat ditukar menjadi penawar dalam proses transformasi tenaga dengan adanya enzim-enzim ini.

Formula SW99 dan NW99 bertujuan untuk merangsang enzim-enzim melaksanakan kerja-kerja menurut kedudukan atau organ-organ tubuh yang mengalami penyakit. Setiap kali rangsangan melalui sistem neuro / saraf dihantar ke otak, mesej atau maklumat yang diterima secara serentak dengan niat / hasrat / tujuan akan dihantar ke sel-sel organ hati sebelum bahan atau substrat yang telah menjadi keracunan ditukar menjadi tenaga untuk merangsang kerja-kerja enzim spesifik di bahagian yang lemah atau berpenyakit.

Secara umumnya, penyakit terjadi disebabkan oleh kerja-kerja tindakbalas kimia dalam proses pemangkinan untuk menghasilkan tenaga untuk keperluan tubuh telah terganggu atau tidak seimbang.

Write Review
Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:

There are no additional images for this product.