Information
 
Bestsellers
 
Currency
 
Shopping Cart
0 items
 
Categories
 
Advertisement
 

Vocal Modulator

Vocal Modulator
Click to enlarge
Price: RM60.00
Availability: In Stock
Model: Vocal Modulator
Average Rating: 5 out of 5 Stars!


Share This

Vocal Modulator RM 60.00

(Penceramah, Guru, Penyanyi, Kaunselor dsb)

                                                                                                                       Kemaskini : 13 April 2011

Vocal Modulator merupakan penyediaan bahan berasaskan kepada aromaterapi (pati bunga) Seri Wajah yang dipertenagakan dengan frekuensi atau ukuran gelombang pada aras tiroid dan peti suara (korda vokal).

Fungsi utamanya ialah memperbaiki suara sebagai suatu bentuk tenaga bunyi yang amat banyak berkaitan dengan berbagai aspek atau fungsi kehidupan seperti berkomunikasi, aktiviti syarahan, tilawah AlQuran, berpidato, bersyair, bernyanyi dan banyak lagi. Di samping itu, bicara suara akan lebih terkawal di dalam kesantunan dan budi-bahasa, perkataan yang positif serta lebih bermanfaat di sebarang ruang dan masa.

Namun di sebalik mutu suara dapat diperbaiki dan dipertingkatkan, fungsi korda vokal pula amat sinonim dengan aktiviti kelenjar tiroid yang mengawal komunikasi di antara organ-organ tubuh.

Dengan ini, di samping suara menjadi lebih enak/lunak diluah dan didengar, sistem tubuh juga dapat menjalankan fungsinya dalam keharmonian dan keseimbangan. Pelbagai masaalah kesihatan seperti penyakit tulang, sistem pembiakan dan juga kelemahan kelenjar pituitari dapat diatasi.

Faktor bunyi sebagai tenaga yang membentuk amat relatif dengan pembentukan susuk tubuh yang langsing dan berstruktur secara tersusun dan seimbang. Inilah formula yang dapat menguasai banyak ruang-ruang pembentukan jisim serta tenaga di dalam rahsia bunyi-bunyian harmoni.

Kaedah Penggunaan:

Gunakan setitik bersama air sejuk dan disapu ke seluruh wajah sehingga ke ubun-ubun, di belakang telinga dan di bawah dagu, serta diminum. Ulangkan sekerap mungkin untuk kesan yang maksimum. Penggunaan yang konsisten terutama bagi tempoh tujuh hari pertama amat dititikberatkan.

Formula untuk semua, lelaki dan wanita serta kanak-kanak.

Amat sesuai untuk:

Pemidato, pensyarah, guru, pembaca berita, pembaca AlQuran, pelakon, penyanyi, ahli kaunseling dan motivasi, penyair, jurujual dan lain-lain, malah untuk semua bagi komunikasi sejagat.

Write Review
Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:

There are no additional images for this product.